Selasa, 30 Jun 2015

CONTOH PROPOSAL PHD

sEKADAR UNTUK RUJUKAN SEMUA . HARAP IA MEMBANTU .


KEPERLUAN PEMERKASAAN PROGRAM KEUSAHAWANAN DALAM MELAHIRKAN USAHAWAN SISWA DI UNIVERSITI KUALA LUMPUR,MALAYSIA.

1.0  PERNYATAAN MASALAH
kesukaran melahirkan usahawan yang berkualiti serta tahan lasak yang melanda para mahasiswa dan alumni dewasa ini, maka penyelidik  rasa perlunya wujud keperluan pemerkasaan  program keusahawanan bagi menangani masalah kesukaran melahirkan usahawan yang berkualiti dan tahan lasak . Program keusahawanan di Universiti Kuala Lumpur merupakan sebuah program dari peringkat asas sehinggalah ke  peringkat pengukuhan untuk mencipta usahawan di kalangan mahasiswa .Dengan ini kajian yang akan dilakukan oleh penyelidik akan menjawab  persoalan-persoalan yang berkaitan program  keusahawanan ini. Penyelidik akan juga berusaha meninjau sejauh manakah  program ini mampu dilaksanakan di Universiti Kuala Lumpur,Malaysia bagi membantu mahasiswa menjadi usahawan yang berkualiti dan berjaya.

1.2       Persoalan Kajian
i. Bagaimanakah konsep program keusahawan yang digunakan bagi mengoptimalkan impak keberkesanan Program keusahawanan?
ii. Bagaimanakah latarbelakang mahasiswa yang terlibat dalam Program keusahawanan?
iii. Apakah faktor-faktor penyebab kurangnya impak keberkesanan Program keusahawanan?
v. Apakah keperluan Program keusahawanan di kalangan mahasiswa UniKL?

2.0  OBJEKTIF KAJIAN
Berdasarkan temu bual penyelidik bersama General Manager Teknoputra Divisen Universiti Kuala Lumpur mendapati mereka perlu diberikan pendedahan awal dan dipantau di samping dibantu dari aspek latihan softskill dan juga pengurusan secara berkala.Namun demikian,menurutnya lagi pendekatan ini disesuaikan dengan latar belakang mahasiswa serta masalah yang dihadapi.Adalah didapati hampir 60% mahasiswa yang tidak mahir dalam pengurusan perniagaan termasuk pengurusan kewangan dan strategi pemasaran yang mengakibatkan mahasiswa tidak dapat meneruskan perniagaan dengan lancar seterusnya meberi kesan kepada motivasi diri dan terus memberi impak negatif untuk mahasiswa untuk meneruskan aktiviti perniagaan.

 Penyelidik merasakan Program keusahawanan di Universiti Kuala Lumpur  ini adalah satu wadah baru yang unik di mana mempunyai pathway atau laluan keusahawan yang disusun berperingkat dalam membangunkan keusahawan di Universiti Kuala Lumpur dan menjadikan usahawan sebagai kerjaya di kalangan mahasiswa.

 Objektif kajian ini ialah:
 i. Menjelaskan konsep pendekatan dan pemerkasaan program keusahawanan di  
    Universiti Kuala Lumpur , Malaysia.
ii. Mengenal pasti latar belakang mahasiswa yang minat menjadi usahawan.
iii.Menghuraikan faktor-faktor penyebab kurangnya impak keberkesanan program
     keusahawan di  kalangan mahasiswa.
iv. Menganalisis tingkah laku yang dilakukan  mahasiswa yang menjadi usahawan.
v. Menganalisis keperluan penambahbaikan program keusahawan ini .


            3.0  KAJIAN KESUSASTERAAN
Perkataan usahawan mula diperkenalkan pada tahun 1970,semasa pelancaran dasar ekonomi baru (DEB).Dasar ekonomi baru ini telahpun melakar sejarah dalam pembentukan dasar ekonomi Malaysia. DEB menitikberatkan kepentingan untuk mencapai sasaran sosioekonomi selari dengan pertumbuhan ekonomi sebagai satu wadah untuk mewujudkan kesefahaman dan perpaduan di dalam negara yang terdiri daripada pelbagai  etnik dan juga agama. Tujuan utama DEB adalah untuk mewujudkan perpaduan negara. Bagi mencapai sasaran ini, dua strategi utama telah diwujudkan:
i. Untuk meminimakan dan akhirnya menghapuskan kemiskinan melalui memaksimakan pendapatan dan penambahan peluang pekerjaan untuk setiap lapisan rakyat Malaysia

ii. Untuk mengatur semula masyarakat supaya dapat memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi,dengan itu ia dapat mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

McClelland dan Atkinson (1961) menulis bahawa usahawan sebagai berdaya inovatif dan mahu pencapaian yang tinggi (need for high achievement). Usahawan berjaya lebih cenderung ke arah menghadapi risiko dan mempunyai kawalan dalaman yang tinggi. Schumpeter (1934), mentakrifkan usahawan sebagai individu yang membuat pembaharuan atau inovasi untuk kebaikan organisasinya sendiri. Beliau menyatakan bahawa ada beberapa pembaharuan yang perlu dilakukan  oleh individu usahawan tersebut. Carland et. al, (1984). mendefinisikan usahawan sebagai individu yang membangunkan perniagaan dan menguruskannya untuk membuat keuntungan dan untuk terus berkembang

            Praktik Keusahawan di kalangan mahasiswa sudah tidak asing lagi terutamanya di institusi pengajian tinggi di Malaysia,namun pemerkasaannya masih lagi kurang dan perlu diperkasakan lagi.Keusahawaan ini dilihat sebagai salah satu perkara penting dalam menyumbang kepada pembangunan Negara.

            Untuk melahirkan usahawan yang cemerlang fizikal dan mental di peringkat institusi pengajian tinggi,amalan keusahawan perlulah diamalkan dari seawal semester satu kerana pembudayaan keusahawanan perlu diamalkan dari peringkat awal demi untuk memperkukuhkan asas keusahawanan di dalam diri usahawan-usahawan muda ini.

            Menurut Yahaya Ibrahim dan Norsiah Ahmad (2006), di negara ini aktiviti perniagaan dan keusahawanan di kalangan masyarakat, di kalangan orang Melayu terutamanya telah pun lama dilaksanakan iaitu selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB) mula diperkenalkan supaya dapat mengimbangi kosentrasi  bidang ekonomi itu kepada sesuatu bangsa sahaja. Tetapi jika dibandingkan dengan kaum lain usaha para usahawan Melayu yang baru dan kecil bilangannya, di dalam sesuatu bidang yang agak baru dan kurang mereka ceburi dilihat begitu susah untuk sesuaikan diri. Keadaan ini dapat disaksikan sebelum DEB lagi, dan ahli perniagaan Melayu kebanyakan yang bergelar usahawan yang Berjaya sehingga ke waktu ini pun masih lagi dilihat masih jauh untuk ditandingi jika dibanding dengan kaum bukan Melayu.

            Kajian membuktikan yang usahawan ada sifat yang 'universal' merentasi ras, budaya mahupun batasan geografikal. Sifat-sifat yang disebutkan itu adalah seperti kecerdasan dan kecelikan (Danco 1994), berwawasan, mempunyai pandangan jauh, yakin diri yang kuat, kuat usaha, tidak putus asa, berdikari dan berani untuk mencuba (Herron & Sapienza 1992; Boatler 1992), mampu berimaginasi serta kreatif (Doescher 1992) dan banyak lagi. Mengikut Lawlis (1971) usahawan ialah individu yang memiliki daya motivasi yang sangat tinggi, sifat-sifat berdikari, bertanggungjawab dan sering bertindak sebagai ketua atau pemimpin. Sifat-sifat ini menunjukkan tahap dorongan dalaman yang tinggi, yang juga disifatkan sebagai sifat-sifat dominan bagi individu yang mempunyai daya saing yang tinggi (Gronemann & Lear 1985). Dalam perkara yang sama, Niehouse (1986) menegaskan bahawa kedinamikan individu dalam menguruskan sesuatu urusniaga ialah perkara penting yang mendorong usahawan atau peniaga supaya terus berdaya saing. Usahawan yang berdaya saing dikenalpasti memiliki tahap tanggungjawab yang amat tinggi terhadap diri sendiri, pekerja bawahan dan yang paling utama sekali pelanggan. Di Malaysia, ada beberapa pengkaji seperti Yep Putih (1985), Sudin Haron (1990), Suhairni Mansor (1991), Mohd Taib & Mahmood Nazar Mohamed (1993), Sabitha & Mahmood (1994), Mahmood Nazar Mohamed (1993), Moha Asri Hj. Abdullah (1999) yang mana mereka juga menyatakan profil personaliti usahawan yang sama.

            Kajian-kajian yang lepas telah mendapati graduan yang mendapat pendedahan awal keusahawanan atau pendidikan keusahawanan semasa belajar di universiti lebih berminat dan bersemangat untuk menerokai perniagaan (Kolvereid & Moen 1997; Charney & Libecap 2000).Dapatan kajian Charney & Libecap (2000) ke atas ‘Berger Entrepreneurship Program’di The University of Arizona 1985-1999 melaporkan 27.2 peratus graduan jurusan keusahawanan telah memiliki perniagaan sendiri berbanding dengan 9 peratus sahaja graduan jurusan perniagaan lain yang memiliki perniagaan sendiri. Dapatan kajian ini juga telah menunjukkan bahawa keusahawanan boleh dibentuk dan dipupuk melalui pembelajaran serta latihan-latihan keusahawanan yang didapati secara formal (Frederick et al. 2013; Lily Julienti et al. 2004). Begitu juga dengan kajian Menzies & Paradi (2002) yang bertajuk Encouraging technology based ventures: Entrepreneurship education and engineering graduates telah melaporkan bahawa pengendalian pendidikan keusahawanan secara praktikal adalah antara kemungkinan sepertiga (34.1%) daripada siswazah memulakan perniagaan dalam tempoh dua tahun sejurus selepas menamatkan pengajian di universiti. Kajian mereka juga menunjukkan hampir separuh daripada graduan jurusan kejuruteraan yang mengambil kursus keusahawanan semasa pengajian ijazah pertama ada atau pernah memiliki perniagaan selepas tamat pengajian jika dibandingkan dengan graduan jurusan kejuruteraan yang tidak mengambil kursus keusahawanan. Kebanyakan kajian-kajian berkenaan pendidikan keusahawanan di Malaysia pula menunjukkan peratusan yang agak rendah dalam kalangan graduan yang terlibat sebagai usahawan hasil daripada pendidikan keusahawanan Nor Aishah (2013).Ini boleh dilihat di dalam kajian Habshah et al. (2012) yang mana hanya 13.1% dari 61 orang graduan sarjana muda keusahawanan memulakan perniagaan sendiri dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian.Manakala kajian oleh Afirudin dan Armanurah (2006) ke atas lulusan UUM yang telah mengikuti Kursus Asas Keusahawanan Siswa (KAKS) anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) secara intensif semasa pengajian di UUM pula mendapati hanya 9.8% sahaja daripada bekas peserta kursus ini yang menubuhkan perniagaan secara sepenuh masa walaupun mereka berpeluang untuk mendapat dana pinjaman daripada Skim Usahawan Siswazah (SUS), MeCD. Begitu juga dengan kajian Ibrahim Mamat et al. (2009) ke atas bekas peserta Pembangunan Usahawan Siswa (PPUS) di IPT mendapati hanya 2.3 peratus graduan memilih kerjaya usahawan Menurut Mohd Salleh et al. (2005) masyarakat enterprais yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan boleh dilahirkan melalui pendidikan tinggi jika strategi yang bersesuaian digunakan. Pelajar universiti mempunyai potensi keusahawanan yang baik, cuma pihak universiti sahaja perlu mengenal pasti kaedah yang menyeluruh untuk membangunkan potensi tersebut. Justeru itu, IPT perlu memformulasikan program-program pendidikan keusahawanan secara terancang dan mantap untuk membangunkan kecenderungan, minat dan aspirasi kerjaya keusahawanan pelajar IPT dan merialisasikan aspirasi kerjaya keusahawanan sebagai kerjaya pilihan mereka

Di akhir kajian ini,UniKL akan menemui formulasi yang paling sesuai untuk program-program keusahawan secara terancang dan terperinci untuk mencipta usahawan yang tahan lasak melalui pembudayaan keusahawan,minat yang mendalam serta menjadikan usahawan sebagai kerjaya pilihan mereka

            4.0 TUJUAN KAJIAN
            Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap keberkesanan program keusahawanan  yang dijalankan di Universiti Kuala Lumpur
           
5.0 METODOLOGI KAJIAN
5.1    Reka Bentuk Kajian
Penyelidikan ini akan menggunakan kaedah kajian tinjauan.
5.2    Lokasi Kajian
Lokasi penyelidikan  ialah di Universiti Kuala Lumpur Canseleri,Kampung Baru,Kuala Lumpur,Malaysia.
5.3    Sampel Kajian
Sampel yang dipilih adalah berpandukan persampelan bertujuan. Ini merujuk kepada pendapat Chua Yan Piaw bahawa persampelan bertujuan (Purposive sampling) merujuk kepada prosedur persampelan di mana responden kajian adalah sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu dipilih.  Oleh itu, penyelidikan ini akan menggunakan persampelan bertujuan yang mana hanya mahasiswa yang berminat untuk menjadi usahawan yang dikenal  pasti melalui soal selidik akan dipilih sebagai sampel kajian.


5.4    Pengumpulan Data
Patton (1980) menyatakan terdapat tiga jenis temu bual iaitu temu bual yang formal, temu bual yang tidak formal dan temu bual yang terbuka.  Merriem (1998) menyatakan pula terdapat tiga jenis temu bual iaitu temu bual yang berstruktur, temu bual yang separa berstruktur dan temu bual yang tidak berstruktur.                                                                                                           
             Dalam penyelidikan ini , kaedah kulitatif iaitu temu bual  dengan mahasiswa dan akan terlibat dengan program keusahawan yang dijalankan akan menggunakan penyelidik untuk mendapatkan data serta maklumat dengan menggunakan protokol temu bual dan temu bual secara separa berstruktur.  Soalan temu bual yang dibina oleh penyelidik adalah berdasarkan persoalan kajian.
 kaedah kauntitaitf  juga berbentuk soal selidik akan digunakan bagi mengenal pasti latar belakang mahasiswa yang menyertai program keusahawan dan menganalisis faktor-faktor penyebab menyertai program.

6.0  LIMITASI KAJIAN
Kajian ini hanya akan melibatkan mahasiswa Universiti Kuala Lumpur yang terlibat dengan program Keusahawanan

7.0  MILESTONE

NO
SEMESTER
PERANCANGAN
1
SEM 1
OGOS – NOVEMBER : KERTAS CADANGAN PROPOSAL
DECEMBER : PEMBENTANGAN KERTAS CADANGAN PROPOSAL
2
SEM 2
 Januari :  Mengumpulkan dan mengolah bahan  penyelidikan
 Februari: Temu bual dengan bahagian pembangunan Usahawan UniKL untuk mendapatkan maklumat mahasiswa yang menyertai program keusahawanan.
Mac:         Membuat soal selidik
April:        Mengedarkan borang soal selidik
April – Ogos : menyertai program keusahawan bersama mahasiswa

3
SEM 3
september : Mendapatkan hasil maklumbalas kajian daripada responden.
Oktober- Disember : Menganalisis dapatan kajian.

4
SEM 4
Pembentangan Hasil Kajian dan memperbaiki kajian jika perlu
5
SEM 5
Penyerahan tesis untuk kegunaan VIVA
6
SEM 6
viva


8.0  JANGKAAN HASIL KAJIAN
Hasil kajian dijangkakan akan dapat membantu pihak UniKL untuk memahami dengan lebih mendalam kesan program keusahawan ke atas mahasiswa dan seterusnya membuat penambahbaikan untuk mengoptimumkan lagi keberkesanan program keusahawanan ke atas mahasiswa sekaligus melahirkan lebih ramai usahawan yang berkualiti dan tahan lasak.



29 ulasan:

  1. Assalamualaikum..sy nazhilah, mintak izin untuk copy contoh proposal encik. trima kasih..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum wbt, mohon izin utk copy dan buat rujukan ye.tqvm

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum wbt, mohon izin utk copy dan buat rujukan ye.tqvm

    BalasPadam
  4. As salam maaf bertanya, saya mmg plan nak sambung PHD dalam bidang marketing tetapi sebelum ini degree dan master saya dibuat dalam BI. Adakah mmg ada PHD dalam Bahasa Melayu memandangkan proposal di atas ditulis dalam Bahasa Melayu? Bahasa Melayu perlu diutamakan dan jika ada Univeristi yang membenarkan penulisan BM adalah satu pujian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak universities Di malaysia menggunakan bahasa melayu, spt upsi, ums, uum Dan lain, kecuali uitm, sya master and degree dalam bahasa kedua, PhD buat dalam bahasa

      Padam
  5. Assalamualaikum wbt, mohon izin utk copy dan buat rujukan ye.tqvm

    BalasPadam
  6. Salam... mohon keizinan untuk copy dan jadikan rujukan saya yer...

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. Mohon copy untuk rujukan ye. terima kasih

    BalasPadam
  9. Halo namaku KEZIA ARJUNA, tolong saya ingin kamu semua berhati-hati di internet. Saya akan menasihatkan anda supaya tidak memohon pinjaman di internet kerana tidak semuanya adalah benar, mereka adalah penipuan, mereka akan meminta anda untuk menghantar wang untuk pendaftaran, pemindahan, yuran insurans dan masih anda tidak akan mendapatkan pinjaman anda, mereka adalah semua pencuri. Saya telah menjadi mangsa dalam 3 pemberi pinjaman yang berbeza di sini dan saya menghantar sejumlah besar wang kerana saya benar-benar mahu mendapatkan pinjaman ini dan saya dipercayai sebagai kali pertama, tetapi saya tidak dapat mendapatkan pinjaman daripada mereka. mesti sangat berhati-hati supaya anda tidak akan tertipu seperti saya, jika anda benar-benar mahu memohon di internet, hanya ada satu pemberi kredit saya yang saya percaya kerana selepas saya mencuba beberapa tempat dan saya tertipu, saya begitu banyak kesakitan kerana saya mempunyai banyak hutang untuk membayar, jadi rakan saya di pejabat membantu saya mencari syarikat pinjaman yang sah dan sah dan kami menemui peminjam pinjaman baru KATHLEEN BRIAN, dan kami telah dilaksanakan di syarikat itu, jadi ada kawan yang membantu saya mengikuti semua peraturan dan peraturan dan kepada Tuhan menjadi kemuliaan saya mendapat pinjaman dari syarikat sekitar 420 juta. jadi jika anda memerlukan pinjaman, anda mesti menghubungi KATHLEEN BRIAN dan ikut peraturan dan peraturan dan saya memberi jaminan bahawa anda akan mendapat pinjaman anda dalam masa kurang dari 24 jam tanpa tekanan atau tekanan pada kadar faedah sebanyak 2%, anda boleh menghubunginya melalui alamat e-mel kathleenloancompany1@gmail.com. Tolong Anda masih boleh menghubungi saya di e-mel saya untuk maklumat lanjut keziaarjuna@gmail.com

    BalasPadam
  10. Salam tuan, mohon copy untuk rujukan ya. Terima kasih.

    BalasPadam
  11. assalam tuan. minta izin untuk copy layout ni ye. untuk rujukan PHD saya terima kasih banyak

    BalasPadam
  12. salam tuan mohon keizinan untuk copy untuk rujukan..

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum tuan, mohon izin untuk copy untuk rujukan. terima kasih ya

    BalasPadam
  14. PERKHIDMATAN PEMBIAYAAN LE-MERIDIAN. syarikat pinjaman yang memberi saya pinjaman sebanyak 5,000,000.00 USD Apabila pelabur-pelabur lain yang lain telah mengabaikan tawaran saya tetapi Le_Meridian Funding Service memberi saya pinjaman yang memuaskan. langsung ke pembiayaan pinjaman dan projek dari segi pelaburan. mereka menyediakan penyelesaian pembiayaan kepada syarikat dan individu yang mencari akses kepada dana pasaran modal, mereka dapat membantu anda membiayai projek anda atau mengembangkan perniagaan anda. Hubungi E-mel :::: lfdsloans@lemeridianfds.com Juga lfdsloans@outlook.com atau Tulis pada Whatsapp Nombor pada 1- (989-394-3740) Berpikir Baik,

    BalasPadam
  15. Assalam..mohon izin copy utk rujukan ye

    BalasPadam
  16. Assalam..mohon izin copy utk rujukan ye

    BalasPadam
  17. Mohon copy untuk dijadikan rujukan terimakasih

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum. Mohon izin copy utk rujukan saya

    BalasPadam
  19. Assalaamualaikum tuan. Mohon copy utk tujuan rujukan saya ya. Tq

    BalasPadam
  20. assalamualaikum..mohon ilmu disalin dan dijadikan rujukan..terima kasih..mohon halal

    BalasPadam
  21. Mohon tuan copy utk rujukan saya.tk

    BalasPadam
  22. Mohon izin share ye tuan sebagai rujukan ....terima kasih

    BalasPadam